Sunday 29 September 2013

Slimming Set Shaklee

Kurus Oh Kurus

Haa ini testimoni salah seorang yang mengamalkan slimming set shaklee ini. "Walaupun consume takde lah konsistent sangat tapi berjaya juga dari 63kg ke 55kg". Memang antara produk shaklee yang terhangat adalah Slimming Set Shaklee. Tapi mesti ada yang mempertikaikan kenapa orang itu ambil berkesan tapi aku ambil tidak ada nampak kesan pun? kenapa ya? Ini antara puncanya :

* Hormon tidak stabil ( selagi hormon kacau bilau selagi itulah kita susah hendak turunkan berat)
* Pengambilan kalori luar kawalan ( hendak kurus mesti jaga kalori.. kalau kalori masuk lebih dari kalori dibakar/ keluar, yang lebih itu menjadi lemaklah..macam mana nak kurus kan??.. jadi makan sikit cukup)
* Banyak karbohidrat ( nasi, mee, pasta itu semua banyak karbohidrat.. kena kurangkan sebab lebih jadi lemak)
* kurang air kosong ( sangat penting dalam diet tau.. setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air kosong)
* kurang senaman/ pergerakan

Supplement pelangsingan ini bantu untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak supaya berat turun dengan lebih cepat. Ia bukan ubat ajaib. Makan mesti ikut aturan yang betul dan jangan hendak ponteng-ponteng makan ya. Kalau hendak kesan lagi cepat dan hebat.

BERMINAT:
Call/PM/Whatsapp 019-3101297 LIN

 <3 Konsultasi dan bimbingan disediakan untuk setiap pembelian dari saya sahaja. Eksklusif tau <3

ADD fb saya dulu http://www.facebook.com/lurve.nadzlin
LIKE page http://www.facebook.com/SinarManjaKu


Adab Pertuturan Buat SI Comel

1. Biasakan bersuara rendah
- Anak yang biasa mendengar ibu bapanya bertutur dengan suara yang rendah dan lembut akan lebih berkemungkinan memperoleh watak yang lembut dan mulia. Ia tidak mudah kasar dengan rakan-rakannya dan orang-orang lain. Al-Quran juga ada mengingatkan bahawa bercakap dengan suara yang tinggi adalah seperti " seekor keldai".

2. Bercakap dengan Mata-Temu-Mata(MTM)
- Hubungan MTM ini memberi anak kecil keyakinan bahawa ibu ayahnya memberi tumpuan kepadanya dan menyayanginya. Ibu ayah yang mengamalkan MTM akan cepat memahami betapa pentingnya hubungan konsentrasi sebagai asas pendidikan & pembangunan anak-anak. Dengan cara MTM ibu bapa akan membiasakan anak-anaknya mudah memberi tumpuan sepenuhnya setiap kali mereka bercakap, belajar atau berfikir.

3. Bercakap secara positif, optimis dan meransang
- Adab ketiga ini ada kaitannya dengan pembinaan asas-asas kemanusian dan ketauhidan. Dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut ibu bapa akan membina suasana tenteram dan mulia. Ibu bapa boleh menyatakan aspek-aspek keagungan, kekaguman tentang benda-benda seperti hujan, air, kesihatan, bulan, ikan dan sebagainya yang memberi tanda kebesaran Tuhan.

4. Adab memuji Allah swt
- Setelah anak dapat memerhatikan keindahan dan kesempurnaan sesuatu perkara serta berpandangan positif atas setiap kejadian, maka perasaan syukur dan pujian harus dihadapkan kepada Allah SWT yang menjadikan makhlukNya. Antara latihan ialah mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan seumpamanya.

5. Adab silaturrahim
- Adab silatirrahim sangatlah penting kerana anak yang cerdik harus juga menjadi anak yang mulia, Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik iaitu sentiasa buat baik dengan orang, suka menolong, ghairah dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan akan mencorakkan anak sedemikian juga. Anak-anak kecil yang membesar dalam suasana yang kaya dengan penghayatan itu akan lebih berkemungkinan untuk membina budaya silaturrahim dan menjadi orang-orang yang disayangi dan dihormati oleh orang lain.


Monday 23 September 2013

Berehat di hujung minggu

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di entri kali ini. Mesti ramai kawan-kawan yang bersemangat hendak datang kerja hari ini kan? Hari isnin, hari permulaan, mesti la kena gembira, senyum biar sampai ke telinga, baru la semangat hendak buat keje. Ok, saya hendak kongsi dengan kawan-kawan semua aktiviti kami sekeluarga di hari minggu lepas. kawan-kawan pun mesti banyak cerita hendak di kongsikan bersama kan.

Semalam ahad kami sekeluarga pergi berkelah kt tepi tasik. Ala dekat je dengan rumah dalam 15 minit je. Kami pergi 3 keluarga, 1 keluarga tu bekas pengasuh anak saya batrisya, dan 1 lagi keluarga kawan dekat rumah. Apa yang bestnya, kami sudah plan untuk masak sendiri. Masing-masing bawa makanan, jadi banyak la menu kami. Tengok tu banyak kan? 


nie baru 3 keluarga, dah banyak makanan..

masa untuk menjamu selera...


budak kecik nie pun nak makan jugak.. ^_^


kaum lelaki berborak..

 nie plak kaum wanita berborak...hehe

batrisya & zara 

ini la serba sedikit saya nak kongsikan bersama. Selepas ini kita pergi berkelah kat tempat lain lak yer.. Sesekali berehat macam nie best tau 
Jumpa lagi di lain masa yer, bye..bye... ^_^



Thursday 19 September 2013

Zikir Harian

Salam Jumaat.Fadilah yang kita boleh dapat mengamalkan Zikrullah. Isnin :Dihapuskan sifat-sifat yang tercela Selasa :Mendapat syafaat Nabi Muhammad di hari Qiamat Rabu : Dihapuskan seribu dosa Khamis :Tumbuh tanaman syuga baginya Jumaat :Hampir rahmat Allah dan jauh dari azab Allah Sabtu :Dihapuskan anggota yang tujuh Ahad :Dipelihara imannya oleh Allah
Subhanallah, betapa mudahnya Allah memberi pahala kepada umatnya, marilah kita sama-sama mengamalkannya... In sya Allah, semoga kita sama-sama mendapatkan keberkatan di dunia & akhirat.

ADD fb saya : https://www.facebook.com/lurve.nadzlin
LIKE page : https://www.facebook.com/SinarManjaKu

Tuesday 17 September 2013

Gabungan ESP yang MELETOP..

ESP + Vita E Complex = kulit cantik & cerah / natural beauty tanpa perlu bermekap
ESP + Omega Guard = kurangkan risiko keguguran @bayi pramatang
ESP +  Vita Lea Ion Formula = Kesihatan optimum
ESP + Lecithin = Mengembalikan bentuk badan yang langsing selepas bersalin / kurus
ESP + Alfalfa Complex = Payurada anjal / milkbooster
ESP + GLA = iktiar untuk hamil
ESP + Ostematrix = sakit kepala / kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu
ESP + Zinc = Sembuhkan luka bersalin @ pembedahan
ESP + Perfomance Drink = Kekal bertenaga sepanjang hari



Untuk mengetahui HARGA HEBAT, anda boleh hubungi :



SMS ] WhatsApp : 019-3101297 ( LIN)
 Email : pu3_lynn@yahoo.com.my

Monday 16 September 2013

15 Tips Murah Rezeki

Alhamdulillah...

Bersyukur ke Hadrat Ilahi kita masih di beri peluang bernafas ke hari ini. 
Dengan itu, mulakan hari anda dengan senyuman yang manis sebelum memulakan kerja yer.
Hari ini saya hendak kongsikan tips-tips untuk di murahkan rezeki.
Ada 15 tips, antaranya :

* Membantu penuntut ilmu
* Membantu golongan orang miskin
* Hijrah cari pendapatan ke tempat lain
* Ingat Allah sentiasa
* Memperbanyakkan doa
* Bersyukur atas nikmat
* Bersungguh melakukan perkara yang harus
* Melibatkan diri dalam perniagaan
* Bersedekah secara istiqamah
* Menjalin hubungan silaturrahim
* Mengerjakan haji & umrah
* Taqwa kepada Allah
* Beribadah kepada Allah dengan sebenarnya
* Istiqhfar & bertaubat
* Tawakal & usaha seiringan

Semoga kita semua di murahkan rezeki & di berkati oleh Nya, In syaa Allah Amin.



Thursday 12 September 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..

Untuk entri yang pertama ini saya ingin memperkenalkan diri. Saya Noorazlina Abu Hassan berasal dr Perak. Sy juga merupakan seorang isteri kepada Mohd Nadzir Bin Mohd Nawawi & ibu kepada bby comel, manja Nur Almira Batrisya yg skrg nie baru 1 thn 2 bln.. Batrisya skrg dh pnd panggil 'mama' "mama" hehe...terharu sungguh dgr suara manja dia panggil namaku. panggil 'papa" jgn nk ckp la, dh lama dia pndi. Alhamdulillah sy mempunyai keluarga yg bahagia di samping suami selalu berada disisi di kala susah & senang. 

Ok bab keluarga dh setel..skrg nk cerita lak psl kerjaya sy. selepas tamat sekolah menengah sy kerja biase2 jer, promoter, juruwang , kilang dll..sambil2 tu sy de amik kelas belajar IT. Alhamdulillah la sy pndi la jgk bab2 komputer nie. sambil2 keje tu sy de gak isi borang kje 'gomen'. de gak kne panggil interview tapi x dpt pun...tup  tup de satu hari tu sy saje je la isi borang online SPA. biase la kan kalo kita betul2 isi x dpt, nie isi main2 dpt lak.. Sy di panggil interview kt PUTRAJAYA, Alhamdulillah bape bulan pas tu sy dpt surat bertulis " anda berjaya ". Alhamdulillah, smp la skrg sy masih bekerja di tmpt yg sama di JABATAN PERDANA MENTERI. 

Dlm masa yg sama, sy de jgk wat biz SHAKLEE. saje partime, tlg suami , keluarga dn umt islam yg memerlukannya.. sy berjinak2 ngan biz shaklee nie selepas sy mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE, Alhamdulillah anak sy dh setahun 2 bln masih menyusu bdn. Alhamdulillah mudahan sehingga usianya 2 thn, In syaa Allah.. pada sesiapa2 yg memerlukan supplement SHAKLEE jgn segan2 PM sy k, 019-3101297  LIN , sy sedia membantu anda sume ..

Cukup setakat ini dulu coretan saya pada kali ini. Kita akan bertemu di entri seterusnya.

Salam Manis 
   Lin