Tuesday 7 January 2014

Apa yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang

Apa yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang

Kedudukan bayi songsang disedari bila kandungan memasuki 36 minggu. Kedudukan songsang kepala di atas dan kaki rapat di bawah. Dapat rasa kepala baby di bahagian atas perut. Melalui pembacaan dan pengalaman ibu-ibu yang pernah mengandung sebelum ini, terdapat beberapa persediaan diperlukan untuk ibu mengandung.

1. Berkemungkinan besar bayi yang bakal dilahirkan menggunakan kaedah pembedahan caesarean.

2. Lakukan senaman yang boleh menukar kedudukan bayi songsang ke kedudukan normal secara semula jadi. (Digalakkan bersujud lama bagi yang islam)

3. Kemas rumah awal-awal sebab selepas pembedahan dijangkakan proses sembuh mengambil masa yang agak lama.

4. Jika ada anak yang lain, bersedialah untuk menerima pertolongan orang lain untuk menguruskan anak yang lain. Tumpukan kepada anak yang baru lahir.

5. Proses sembuh mungkin lebih lama, sama ada melahir secara bedah atau secara normal. Kelahiran secara normal untuk bayi songsang akan menyebabkan koyak yang lebih besar di bahagian vagina.

6. Bersalin secara berjadual lebih kurang risiko kepada ibu dan bayi kerana persediaan telah dibuat awal. Tetapi berkemungkinan bayi belum cukup matang bila dilahirkan.

7. Bersalin sehingga nampak tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kerap atau pecah ketuban. Berisiko kepada ibu dan bayi kerana persediaan kecemasan terpaksa dibuat, tetapi pada masa ini bayi turut merasa proses bersalin secara semulajadi.

8. Selalu berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan agar kelahiran berjalan dengan lancar.

9. Bersedia juga berkemungkinan bayi akan bertukar ke kedudukan normal di saat-saat akhir hendak bersalin. Pada masa ini, pilihan bersalin normal adalah yang terbaik jika tiada risiko lain.

Ada yang menggunakan kaedah komunikasi dengan bayi untuk menukar kedudukan bayi. Bagi penulis sendiri, antara yang penulis selalu katakan pada baby, 'beradalah pada kedudukan yang baby paling selesa, semoga kelahiran baby nanti berjalan lancar, tidak menyakitkan baby dan ummi'.

Semoga kelahiran mommies kali ini berjalan dengan lancar. Amin.

Ya Allah, permudahkanlah mummy semua melahirkan zuriat ini. Hanya kpd MU kami memohon pertolongan..

Mohon mummy yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat. 




No comments:

Post a Comment