Tuesday 7 January 2014

Bahayakah Demam Ketika Hamil

Bahayakah Demam Ketika Hamil

Sudahlah tidak selesa dengan alahan mengandung yang dihadapi, wanita terpaksa pula menahan kesakitan akibat demam yang dihadapi. Demam ketika hamil memang sesuatu yang patut dirisaukan oleh bakal ibu. 

Jika boleh ibu mahu mengelakkan daripada terkena demam namun ujian Allah siapalah yang mampu menahannya. Mahu atau tidak, ibu perlu menerimanya dengan hati yang reda.

Mengikut kamus perubatan, demam sebenarnya adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang menjadi petunjuk seseorang menghidap sesuatu penyakit.

Demam yang agak tinggi dengan suhu melebihi 39.5 darjah Celcius mungkin boleh memberikan risiko kepada bayi dalam kandungan. Ibu yang mengalami demam teruk di awal kehamilan, boleh mengganggu proses pembentukan fizikal bayi.

Bayi yang dilahirkan berisiko lebih tinggi mengalami masalah spifina bifida terutama sekiranya ibu demam semasa proses pembentukan saraf tunjang pada hari ke-20 hingga 28 selepas telur disenyawakan.

Sebaiknya, ibu hamil yang mengalami demam prihatin dengan bacaan suhu badan sendiri. Guna termometer yang dapat memberitahu bacaan suhu badan yang tepat. Minum air suam sebanyak yang boleh kerana badan sedang mengalami dehidrasi akibat demam.




No comments:

Post a Comment